kenapa hormon perlu tak stabil pada masa ini. sampai satu perkataan pun kena taip banyak banyak kali sebab typo. kenapa terasa nak marah semua orang walaupun tak ada satu pun daripada mereka yang bersalah. kenapa perlu rasa benci diri sendiri sekarang padahal otak dan badan harus bekerjasama untuk hadap final ni. BODOH ! kenapa perkataan tu selalu keluar dari mulut ! benci tahu. mencarut tu tak elok. kenapa mesti ditipu dan menipu. kenapa mesti rasa diabaikan. kenapa mesti sayang orang lain lebih dari diri sendiri. kenapa mesti sakit kan diri sendiri. kenapa selalu bagi harapan tinggi menggunung pada orang yang tak langsung letak harapan dekat kau?
dear iliya musfirah, sila bangkit pada mimpi kau yang ntah berapa lama kau leka. final kali ni bukan main main. lantak lah apa orang nak kisah atau tak pasal kau. itu hak mereka. bukan hak kau nak atur hidup orang. nak susun setiap gerak orang. mula harini fikir pasal diri kau dengan family sudah lah. yang lain tolak ke tepi dulu. jangan mengharap ! berusaha untuk buat orang pandang harapan kau. last, doa pada Allah. itu jalan yang terbaik dan teman yang setia walau apa jua keadaan.
No comments:
Post a Comment